✾❁✾❁✾

Salam perkenalan ☺


Ai itu maknanya 'cinta'. Bersyukur ia sebahagian nama saya.
Kalau perempuan tu diibaratkan jenis-jenis kucing, mungkin saya ialah KUCING HUTAN yang comel tapi garang. Nak buat macam mana. Lone ranger terpaksa la protect diri sendiri kan :P

Bermukim di Ardhul Kinanah selama 5 tahun.
Berlegar dari Iskandariah ke Kaherah, Matruh, Siwa, Bahriyah, Mansurah, Tanta, Shubra, Bahnasa. Mesir kekal dalam hati saya tak pernah berpisah lagi sejak itu.


Penterjemah Arab-Melayu bersijil dari ITBM. Hanya sempat join satu projek dengan Telaga Biru dan masih ingin terus menterjemah. Pernah ditugaskan sebagai editor majalah dan penulis skrip komik di Ana Muslim. Terima kasih Ana Muslim beri saya peluang :)


Sukarelawan berdaftar dengan beberapa NGO antaranya Mercy Malaysia dan Islamic Relief tapi tak ada yang betul2 saya sertai dengan istiqamah. Kekangan utamanya ialah masa dan wang. Cemburu tengok orang yang boleh khidmat sepenuh masa. Diorang tak perlu cari duit ke?

Suka mengajar. Tapi belum ada rezeki jadi cikgu.

✿❀✿❀✿


Tiada ulasan:

Catat Ulasan